20 Mei 2008

Kenali Saya

Inilah saya, Md Zaid bin Darsin. Dilahirkan di Kg Periok, Tumpat, Kelantan. Dibesarkan di tempat yang sama. Belajar di Shah Alam kemudian di Johor Bahru dan akhirnya balik bertugas di kampung halaman. Buat masa ini dah 17 tahun bertugas dan yang terkini ialah sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan di Pusat Kegiatan Guru Chabang Empat, Tumpat. Sebelum ni, bertugas di Pusat Kokurikulum Kelantan. Banyak pengalaman yang diceduk di sana. Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran ke Hadrat Ilahi kerana rezeki saya sememangnya di kampung halaman sendiri.



Bab hobi ni tak habis-habis dengan muzik. Sejak dari zaman sekolah sampai la sekarang. Belajar pun ambil opsyen muzik. Jadi, nak kata apa? Janji untuk kepuasan sendiri. Masa belajar di Johor Bahru dulu join kelab muzik. Sekarang masih jadi pemain gitar bass dan join Kelab PDRM IPD Tumpat.

Satu lagi hobi ialah main komputer. Siang malam pasti merayau dalam internet. Kalau tak bukak satu hari macam tak lengkap hari tu. Sekarang ni senang ada broadband. Mana-mana boleh bukak internet. Kalau dulu, nak bukak internet maknanya kena balik rumah. Kita kena banyak bersyukur menjadi rakyat Malaysia. Banyak kemudahan yang disediakan. Negara lain tak pasti la pulak. Rasanya Malaysia lebih baik kot?


Satu lagi hobi (banyaknya hobi!) ialah main radio amatur. Dapat AA (apparatus assignment) tahun 2003. Ini pun satu hobi yang banyak membawa kebaikan. Dapat ramai kawan. Satu Malaysia ada kawan. Bab radio amatur ni kena bincang agak terperinci. Jadi bolehlah kita bertukar-tukar maklumat.

Apapun, selamat berkenalan kepada semua pengunjung blog ini. Kalau ada sebarang maklumat, sila buat panggilan kepada saya di nombor 016-9225035 atau e-mel pkgchabang4@gmail.com. Sudi-sudilah ye..




Komunikasi Radio Amatur

Sepuluh Perkara Yang Anda Perlu Tahu Berkenaan Radio Amatur

1. Apakah itu Radio Amatur?

Radio Amatur atapun juga dikenali sebagai “Ham Radio” ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji dan berkomunikasi melalui radio.
Pengguna-pengguna Radio Amatur ini saling berhubung dengan rakan-rakan mereka seluruh dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang telah ditetapkan.

2. Bilakah Radio Amatur bermula?

Sejarah Radio Amatur ini telah bermula semenjak perhubungan radio digunakan. Pada tahun 1912, Kongress Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat. Bermula 1914, pengguna Radio Amatur telah mula berkomunikasi dan mengadakan satu sistem penghantaran mesej di antara mereka. Di Malaysia, radio amatur merupakan titik bermulanya perkhidmatan radio komersil.


3. Apakah yang boleh saya lakukan
dengan Radio Amatur?

Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat, pada setiap masa! Pada waktu-waktu bencana, Radio Amatur amat berguna, terutamanya kepada agensi-agensi penyelamat. Pada ketika lain, anda juga kadang kala boleh bercakap dengan para angkasawan atau membalikkan isyarat dari bulan! Anda juga boleh menghantar fail ataupun gambar secara digital. Adakah hobi lain yang menyediakan sebegitu ciri sepertinya?


4. Saya sentiasa sibuk. Adakah saya
masih boleh menikmati hobi ini?

Sudah tentu! Hobi ini tidak terikat kepada sesuatu masa, tempat dan pendapatan seseorang. Memandangkan ianya mudah dikendalikan, ramai yang sentiasa sibuk mendapati ianya seronok digunakan dan mengurangkan tekanan selepas seharian bekerja. Anda dan juga keluarga anda juga boleh menikmati dan mempelajari hobi ini.


5. Apakah perbelanjaan yang
diperlukan bagi hobi ini?


Sebuah radio bersaiz telapak tangan yang baru mungkin sama harganya dengan satu TV 19 inci yang berkos rendah. Radio yang lebih besar adalah sama kosnya dengan satu komputer.

Selain dari itu, bahan-bahan pembelajaran berkenaan Radio Amatur adalah berpatutan dan yuran peperiksaan bagi mendapatkan Sijil Perakuan juga adalah rendah.

Secara alternatif, sekiranya anda cenderung untuk menguji-kaji, seperti kebanyakaan pengguna Radio Amatur atau “Ham Radio”, anda boleh membuat unit “Ham Radio” anda sendiri.


6. Siapa yang boleh membantu saya?

Kelab-kelab Radio Amatur terdapat di seluruh Malaysia dan bersedia untuk membantu anda. Ada di antara kelab-kelab tersebut mempunyai halaman web yang mengandungi maklumat mengenai hobi tersebut. Salah satu contoh adalah halaman web Persatuan Pemancar Radio Amatur Malaysia (Malaysian Amateur Radio Transmitters Society’s “MARTS”)


7. Bagaimana saya boleh menjadi
seorang operator Radio Amatur?

Hanya mereka yang telah diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio Amatur. Bagi mendapatkan Sijil Perakuan, anda haruslah warganegara Malaysia berusia 14 tahun ke atas dan lulus ujian-ujian berikut:

- Ujian Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio bagi Sijil Perakuan Kelas B; atau

- Ujian Kod Morse dan ujian-ujian teori dan radio di atas bagi Sijil Perakuan Kelas A.


8. Siapakah yang mengeluarkan
Sijil Perakuan itu?


Sijil Perakuan tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kepada mereka-mereka yang telah lulus ujian yang diadakan.
.

9. Adakah saya perlu membayar yuran?

Ya, Sijil Perakuan tersebut haruslah diperbaharui setiap tahun. Yuran tahunan bagi Sijil Perakuan Kelas A adalah sebanyak RM36 dan bagi Sijil Perakuan Kelas B, yurannya adalah RM24 setahun.


10. Apakah yang boleh saya pelajari
sebagai permulaan?

Anda boleh memulakan pelajaran anda dengan mempelajari fonetiks abjad yang digunakan oleh pengguna-pengguna Radio Amatur di seluruh dunia!

Abjad Sebutan
A - Alfa
B - Bravo
C - Charlie
D - Delta
E - Echo
F - Foxtrot
G - Golf
H - Hotel
I - India
J - Juliett
K - Kilo
L - Lima
M - Mike
N - November
O - Oscar
P - Papa
Q - Quebec
R - Romeo
S - Sierra
T - Tango
U - Uniform
V - Victor
W - Whiskey
X - X-ray
Y - Yankee
Z - Zulu

The Q Code used by Amateurs
QRL - Frequency in use/buzy
QRM - Interference from other station
QRN - Interference from static/electrical equipment
QRO - High power
QRP - Low power
QRS - Send more slowly
QRT - Closing down
QRU - That’s all from me
QRX - Standby
QRZ - Who is calling me
QSL - Confirmation of info/QSL card
QSO - Contact between stations
QSY - Change frequency
QTH - Location


73 bermaksud Salam Mesra
– Apabila Operator Radio Amatur selesai berintraksi melalui radio, Operator lelaki akan menyebut 73 kepada Operator lelaki melalui peranti dengan suara atau menggunakan kod morse.

88 bermaksud Ciuman Mesra
Ditujukan hanya untuk Operator Wanita sahaja. Hi hi….

Sumber : Suruhanjaya Telekomunikasi dan Multimedia Malaysia --> www.mcmc.gov.my

Disediakan oleh : Mohd Hussairy Sidek 9W2VVH

QSL Info :
No. 36 Jalan PP 2/3 Taman Padu Permai,
45300 Sungai Besar, Selangor
HP : 019-2585759