01 Januari 2009

Catatan Bulan Januari 2009

1 Januari 2009 :
Selamat Tahun Baru 2009. Bertambah lagi setahun usia kita. Harap-harap segala-galanya lebih baik dari tahun 2008. Yang pasti tahun baru ada diari baru. Minggu pertama isi penuh. Semua ditulis. Minggu kedua ada la sikit-sikit. Lepas tu masuk minggu keempat mula tinggal kat rumah atau pejabat. Lepas tu tulis seminggu sekali. Lepas tu sebulan sekali dan akhirnya tak bukak-bukak. Ini la silap saya termasuk yang baca ni....

Bila tak catat diari semacam kita tiada senarai semak kerja-kerja kita seharian. Mula-mula memang kita boleh ingat tapi apalah sangat memori kita....
Makin lama makin tenggelam dan akhirnya kita lupa untuk melaksanakan tugasan kita yang akan mengibatkan segala azam kita terpaksa dipinggirkan.

Tahun baru dengan azam baru. Nak kerja sebaik mungkin. Terutama yang kerja gomen macam saya nih. Azam nak ikut betul-betul SKT (Sasaran Kerja Tahunan) yang telah diamanahkan. Terpaksa kurangkan halangan supaya segala-galanya berjalan lancar. Itulah hasrat saya. Tapi bagaimana yang tak tercapai tahun lepas. Errrrrr..... copy and paste tak boleh ke? Tu dok tengah fikir ni. Jumpa lagi ....

08 Disember 2008

Catatan Bulan Disember

Koleksi gambar saya :


21 November 2008

Catatan Bulan November

24hb November 2008 - Hari Jadi nih. Bertolak ke Cameron Highland untuk menghadiri kursus Asas Fotografi.

27hb November - Tamat kursus yang dianjurkan oleh ASFONS (Angkatan Seni Foto Negeri Selangor). Alhamdulillah foto saya terpilih sebagai foto terbaik untuk kategori Human Interest.



Human Interest




Mikro




Landskap

10 Oktober 2008

Catatan Bulan Oktober

Bulan Oktober dah.. Sekejap saja.

1hb. Oktober - Hari Raya Aidil Fitri. Alhamdulillah..diberi kekuatan untuk puasa pada Bulan Ramadhan dan akhirnya hari ini merupakan hari kemenangan. Bersalaman dengan ibu tersayang pastinya yang kulakukan pada hari ini. Lepas tu balik rumah mertua, bersalaman dan mohon kemaafan. Dekat je dari rumah aku. 1.8 kilometer je....

2hb. Oktober - Hari Raya kedua.

6 - 8hb Oktober - Konvensyen PKG di Hotel Royale Bintang, Seremban. Perjalanan yang agak teruk. Jalan sesak di Raub dan Bentong. Ambil masa 13 jam untuk sampai ke Seremban. Sampai di hotel, jam 10.30 malam. Konvensyen yang bermutu aku lalui.

9hb. Oktober - Tidur yang agak panjang selepas sampai rumah jam 3 pagi tadi. Lepas Subuh tidur, lepas tu celek mata, tengok-tengok dah pukul 12 tengah hari. Pegi pejabat. Ingat nak dok rumah tapi boring gak. Tak ada apa yang nak dibuat.

10hb. Oktober - Jam 7.30 pagi, bergegas ke SMK Chabang Empat. Majlis Solat Hajat untuk calon-calon PMR. Anak yang kedua ambil exam tahun ni. Yang pertama SPM. Balik rumah demam......

22 September 2008

Catatan Bulan September

Bulan ni bulan puasa. Agak suram segalanya. Berjalan perlahan, bercakap perlahan, boleh kata semua pergerakan jadi perlahan tapi naik kereta tak juga nak reti perlahan.

Apa pun kerja kena teruskan seperti biasa.

15hb Sept 2008 - Majlis buka puasa di PPD Tumpat. Gi pasang PA system, pah tu balik rehat kejap.

21hb Sept 2008 - Kena gi BTPNK, buat rakaman untuk persembahan di Karnival Teknologi Pendidikan di Seremban.

22hb Sept 2008 - Dok di PKG jer. Ada pemeriksa kertas UPSR tengah buat kerja (22 - 23 hb September 2008). Lepas tu ada lawatan dari kontraktor untuk kerja-kerja penyenggaraan PKG.

23hb Sept 2008 - Hari yang agak sibuk. Bermula jam 9.00 pagi, ada rakaman video di BTPNK. Lepas tu KPP nak jumpa semua staf PKG jam 2.00 petang sampai le bukak puasa.
Tapi, kita hanya mampu merancang. Jam 9.10 pagi sampai je di BTPNK, rupa-rupanya KU PKG ada meeting, so patah balik ke PKG ler. Kena bergerak balik ke sana pada jam 4.00 petang untuk dengar taklimat dari KPP baru.

24 - 25hb Sept 2008 - Menghadiri Kursus Orientasi BTPNK. Tak ramai, 11 orang saja staf baru di Kelantan. Tapi seronok la jugak boleh kenal antara satu sama lain. Banyak perkara yang baru belajar, bermula dari struktur organisasi di BTPNK dan kualiti kerja. Yang peling penting ilah program memperkasakan PKG seluruh Kelantan.

29hb Sept 2008 - Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi melawat blog saya yang tak seberapi ni. Terima kasih kepada Bodak di Australia yang tak balik (he he jangan nangis ye..), terima kasih kepada 9W2JLD yang agak lama tak jumpa dan 9W2MEM yang rasa setahun lebih dah tak jumpa. Untuk Ayon, mungkin kita boleh jumpa. Tak kan tak balik rumah mertua kot? Kalau balik, pi rumah saya.

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat hari raya kepada sesiapa jua yang baca blog saya nih. Minta maaf atas segala-galanya.

14 September 2008

10 PRINSIP KEJAYAAN

1. HARGA DIRI
Penilaian menyeluruh tentang diri (positif dan negatif) yang merangkumi kecekapan dan nilai diri. Kuasa dalaman untuk memburu kejayaan dan mengoptimumkan potensi.

2. ARAH TUJU YANG JELAS
Mempunyai tujuan hidup yang jelas, proaktif dan bertanggungjawab dalam kehidupan. perancangan yang baik akan menentukan kejayaan arah tuju yang kita impikan. Bakat yang dianugerahkan perlu dipupuk sebaik mungkin untuk dijadikan pemangkin mencapai matlamat.

3. BERORIENTASIKAN TINDAKAN
Sentiasa bersedia melakukan sesuatu untuk mencapai matlamat hidup. Sentiasa pastikan supaya penilaian dari sudut fizikal, intelek, rohani dan emosi sentiasa seiringan dalam mencapai matlamat.

4. KETABAHAN HATI
Buangkan istilah putus asa dalam diri sekiranya ingin berjaya. Pastinya setiap langkah ada kesukaran dan halangan yang tersendiri. Sentiasa semak kejayaan dan kegagalan.

5. HUBUNGAN KEMANUSIAAN YANG BAIK
Kita memerlukan sokongan dari orang lain untuk berjaya. Jadikan diri kita sebagai pendengar yang baik, menghormati orang lain, tidak ego dan sentiasa menghargai orang lain.

6. DISIPLIN DIRI
Jangan mudah terpesong sekiranya ada gangguan dalam mencapai matlamat. Bersedia untuk berkorban sekiranya ingin berjaya.

7. FLEKSIBILITI
Sesuaikan diri dengan realiti yang baru. Lihat perubahan secara positif. Belajar dari orang lebih tahu.

8. KEPERIBADIAN TEGUH
Jadikan kejujuran sebagai landasan utama dalam hidup. Beranikan diri untuk mengambil risiko dan sintiasa berusaha memburu kejayaan.

9. PEMBAHARUAN YANG BERTERUSAN
Sentiasa berubah ke arah yang positif. Ilmu sentiasa berkembang dan seharusnya juga diri dan minda turut berubah mengikut keanjalan ilmu.

10. SENTIASA BELAJAR
Teruskan pembelajaran sepanjang hayat walau pun telah mencapai kejayaan.

11 September 2008

ISTILAH-ISTILAH DALAM PERANCANGAN

1. MATLAMAT
Secara am digunakan silih berganti dengan objektif. Lebih berbentuk jangka panjang.

2. OBJEKTIF
Hasil akhir yang dijangkakan pada masa hadapan dan ditetapkan pada peringkat organisasi, jabatan dan individu. Perlu berbentuk kuantitatif.

3. MISI
Merupakan tujuan sesebuah organisasi itu ditubuhkan.

4. POLISI
Merupakan pernyataan umum yang memandu pemikiran dan tindakan dalam membuat keputusan.Ia merupakan garis panduan untuk tindakan, apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dibuat.

5. PROSEDUR
Merupakan arahan atau atur cara bagaimana sesuatu itu perlu dibuat. Ia merupakan aturan secara sistematik dalam menangani tindakan masa hadapan.

6. PROGRAM
Merupakan rangka tindakan sebenar yang akan diambil khusus untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Ia merangkumi matlamat, polisi, aturan, peraturan, tugasan kerja, langkah-langkah yang perlu diambil, sumber-sumber yang akan digunakan dan unsur-unsur lain yang berkaitan termasuk belanjawan.

7. PERATURAN
Merupakan tindakan khusus yang boleh diambil dan tidak boleh diambil dalam keadaan tertentu.

8. FALSAFAH
Merupakan nilai dan kepercayaan yang dipegang oleh organisasi sebagai panduan.

9. STRATEGI
Merupakan satu program tindakan umum bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Ia merupakan kaedah menentukan masa hadapan organisasi yang melibatkan penentuan arah tuju organisasi dalam jangka panjang.