22 September 2008

Catatan Bulan September

Bulan ni bulan puasa. Agak suram segalanya. Berjalan perlahan, bercakap perlahan, boleh kata semua pergerakan jadi perlahan tapi naik kereta tak juga nak reti perlahan.

Apa pun kerja kena teruskan seperti biasa.

15hb Sept 2008 - Majlis buka puasa di PPD Tumpat. Gi pasang PA system, pah tu balik rehat kejap.

21hb Sept 2008 - Kena gi BTPNK, buat rakaman untuk persembahan di Karnival Teknologi Pendidikan di Seremban.

22hb Sept 2008 - Dok di PKG jer. Ada pemeriksa kertas UPSR tengah buat kerja (22 - 23 hb September 2008). Lepas tu ada lawatan dari kontraktor untuk kerja-kerja penyenggaraan PKG.

23hb Sept 2008 - Hari yang agak sibuk. Bermula jam 9.00 pagi, ada rakaman video di BTPNK. Lepas tu KPP nak jumpa semua staf PKG jam 2.00 petang sampai le bukak puasa.
Tapi, kita hanya mampu merancang. Jam 9.10 pagi sampai je di BTPNK, rupa-rupanya KU PKG ada meeting, so patah balik ke PKG ler. Kena bergerak balik ke sana pada jam 4.00 petang untuk dengar taklimat dari KPP baru.

24 - 25hb Sept 2008 - Menghadiri Kursus Orientasi BTPNK. Tak ramai, 11 orang saja staf baru di Kelantan. Tapi seronok la jugak boleh kenal antara satu sama lain. Banyak perkara yang baru belajar, bermula dari struktur organisasi di BTPNK dan kualiti kerja. Yang peling penting ilah program memperkasakan PKG seluruh Kelantan.

29hb Sept 2008 - Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi melawat blog saya yang tak seberapi ni. Terima kasih kepada Bodak di Australia yang tak balik (he he jangan nangis ye..), terima kasih kepada 9W2JLD yang agak lama tak jumpa dan 9W2MEM yang rasa setahun lebih dah tak jumpa. Untuk Ayon, mungkin kita boleh jumpa. Tak kan tak balik rumah mertua kot? Kalau balik, pi rumah saya.

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat hari raya kepada sesiapa jua yang baca blog saya nih. Minta maaf atas segala-galanya.

14 September 2008

10 PRINSIP KEJAYAAN

1. HARGA DIRI
Penilaian menyeluruh tentang diri (positif dan negatif) yang merangkumi kecekapan dan nilai diri. Kuasa dalaman untuk memburu kejayaan dan mengoptimumkan potensi.

2. ARAH TUJU YANG JELAS
Mempunyai tujuan hidup yang jelas, proaktif dan bertanggungjawab dalam kehidupan. perancangan yang baik akan menentukan kejayaan arah tuju yang kita impikan. Bakat yang dianugerahkan perlu dipupuk sebaik mungkin untuk dijadikan pemangkin mencapai matlamat.

3. BERORIENTASIKAN TINDAKAN
Sentiasa bersedia melakukan sesuatu untuk mencapai matlamat hidup. Sentiasa pastikan supaya penilaian dari sudut fizikal, intelek, rohani dan emosi sentiasa seiringan dalam mencapai matlamat.

4. KETABAHAN HATI
Buangkan istilah putus asa dalam diri sekiranya ingin berjaya. Pastinya setiap langkah ada kesukaran dan halangan yang tersendiri. Sentiasa semak kejayaan dan kegagalan.

5. HUBUNGAN KEMANUSIAAN YANG BAIK
Kita memerlukan sokongan dari orang lain untuk berjaya. Jadikan diri kita sebagai pendengar yang baik, menghormati orang lain, tidak ego dan sentiasa menghargai orang lain.

6. DISIPLIN DIRI
Jangan mudah terpesong sekiranya ada gangguan dalam mencapai matlamat. Bersedia untuk berkorban sekiranya ingin berjaya.

7. FLEKSIBILITI
Sesuaikan diri dengan realiti yang baru. Lihat perubahan secara positif. Belajar dari orang lebih tahu.

8. KEPERIBADIAN TEGUH
Jadikan kejujuran sebagai landasan utama dalam hidup. Beranikan diri untuk mengambil risiko dan sintiasa berusaha memburu kejayaan.

9. PEMBAHARUAN YANG BERTERUSAN
Sentiasa berubah ke arah yang positif. Ilmu sentiasa berkembang dan seharusnya juga diri dan minda turut berubah mengikut keanjalan ilmu.

10. SENTIASA BELAJAR
Teruskan pembelajaran sepanjang hayat walau pun telah mencapai kejayaan.

11 September 2008

ISTILAH-ISTILAH DALAM PERANCANGAN

1. MATLAMAT
Secara am digunakan silih berganti dengan objektif. Lebih berbentuk jangka panjang.

2. OBJEKTIF
Hasil akhir yang dijangkakan pada masa hadapan dan ditetapkan pada peringkat organisasi, jabatan dan individu. Perlu berbentuk kuantitatif.

3. MISI
Merupakan tujuan sesebuah organisasi itu ditubuhkan.

4. POLISI
Merupakan pernyataan umum yang memandu pemikiran dan tindakan dalam membuat keputusan.Ia merupakan garis panduan untuk tindakan, apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dibuat.

5. PROSEDUR
Merupakan arahan atau atur cara bagaimana sesuatu itu perlu dibuat. Ia merupakan aturan secara sistematik dalam menangani tindakan masa hadapan.

6. PROGRAM
Merupakan rangka tindakan sebenar yang akan diambil khusus untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Ia merangkumi matlamat, polisi, aturan, peraturan, tugasan kerja, langkah-langkah yang perlu diambil, sumber-sumber yang akan digunakan dan unsur-unsur lain yang berkaitan termasuk belanjawan.

7. PERATURAN
Merupakan tindakan khusus yang boleh diambil dan tidak boleh diambil dalam keadaan tertentu.

8. FALSAFAH
Merupakan nilai dan kepercayaan yang dipegang oleh organisasi sebagai panduan.

9. STRATEGI
Merupakan satu program tindakan umum bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Ia merupakan kaedah menentukan masa hadapan organisasi yang melibatkan penentuan arah tuju organisasi dalam jangka panjang.